"Tau Fu Pok" Disalah Eja Jadi "Toufu Pork", Kata OLDTOWN White Coffee


Heboh di laman-laman sosial sebelum ini tentang aduan pelanggan yang mendakwa adanya hidangan tidak halal berunsur daging babi di dalam menu restoran kopitiam tempatan, OLDTOWN White Coffee.

Isu berkenaan tercetus ekoran perkataan ‘toufu pork’ yang tertera di resit pembayaran yang diterima oleh seorang pelanggan di kopitiam tersebut, sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang beragama Islam mengenai status sijil halal yang dikeluarkan JAKIM kepada restoran tersebut.

Menjawab mengenai isu tersebut, pihak OLDTOWN White Coffee telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi akaun rasmi laman sosial Facebook mereka untuk menjelaskan situasi sebenar.


Menurut kenyataan tersebut, restoran itu tidak menghidangkan sebarang menu berunsur babi, sebaliknya ia merupakan satu kesilapan pada menu tersebut sepatutnya dieja ‘Tau Fu Pok’, sejenis taufu goreng yang berasaskan soya.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa sijil halal yang mereka terima telah melalui proses yang sangat ketat dan untuk mengekalkannya, segala bahan, pembekal dan kebersihan perlu selari dengan syarat yang ditetapkan oleh JAKIM.

Pada masa yang sama, pihak restoran juga sedang berusaha untuk menghubungi pelanggan asal yang memuatnaik gambar resit tersebut bagi mengesan cawangan restoran yang melakukan kesilapan itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh daripada pihak OLDTOWN White Coffee:


Demikianlah penjelasan dari pihak Oldtown White Coffee dan terserahlah kepada orang ramai untuk menetapkan pendirian mereka mengenai restoran kopitiam tersebut... -Kedahnews.com