Yang begini pun "sopan"? Dalam masjid pulak tu... |
Baru-baru ini viral di laman-laman sosial mengenai sekeping surat saman dikeluarkan Jabatan Agama Islam Terengganu kepada seorang gadis
berusia 18 tahun yang melakukan kesalahan tidak berpakaian sopan di khalayak ramai.
Menurut penguatkuasaan undang-undang di bawah Enakmen 7 Tahun 2001
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, mana-mana
perempuan yang berpakaian mendedahkan tubuh di tempat awam boleh didenda
tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, difahamkan bahawa gadis terbabit akan diperintahkan untuk mendengar
kaunseling dalam masa terdekat di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu (Maidam).
Penguatkuasaan undang-undang berkaitan tatacara
berpakaian dalam kalangan kaum hawa di negeri itu dikatakan kian diberi perhatian
ekoran masalah sosial yang semakin menjadi-jadi.
Jutaan tahniah Kedahnews.com ucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas penguatkuasaan tegas berhubung undang-undang jenayah Syariah berkenaan hukum Takzir berkenaan di negeri Darul Iman itu.
Kami percaya bahawa undang-undang Islam yang telah lama sedia ada mampu menangani gejala sosial dan keruntuhan akhlak umat Islam, khususnya golongan muda di seluruh negara sekiranya dikuatkuasakan dengan istiqamah dan konsisten setiap waktu.
Dengan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Islam tersebut secara berhikmah, kami mendoakan agar Jabatan-Jabatan Agama Islam di negeri lain mencontohi ketegasan Jabatan Agama Islam Terengganu itu, termasuk di Kedah. -Kedahnews.com