KUALA LUMPUR – “Saya tidak boleh menerima pandangan prinsip Islam
tidak dipenuhi jika hudud tidak dilaksanakan” kata Penasihat DAP, Lim
Kit Siang.
Kata beliau, jika pandangan itu benar, maka Allahyarham Datuk Seri
Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin PAS lain telah lama mengkhianati
prisip Islam iaitu selama enam tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12
(PRU12).
“Jika benar bermakna pemimpin PAS sudah lama mengkhianati prinsip
Islam kerana pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah dibentangkan
sebagai salah satu daripada prinsip utama pakatan rakyat dalam PRU13,”
dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Kit Siang menyeru pimpinan pakatan rakyat mencari formula
untuk menyelamatkan pakatan rakyat untuk menyelamatkan rakyat dan Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan disebabkan pelbagai isu yang
timbul waktu ini.
Beliau turut mendakwa, Allahyarham Nik Aziz ssmasa hidup walaupun
mahu melaksanakan hudud tetapi bersikap realistik untuk mengetahui
bahawa ia tidak terkandung dalam polisi bersama pakatan rakyat dan
sebarang penentangan ke atasnya boleh membawa perpecahan pakatan rakyat.
Justeru, katanya, Allahyarham Nik Aziz pasti memahami bahawa
pelaksanaan hudud bukan isu terpenting berbanding memastikan
kelangsungan dan kejayaan pakatan rakyat untuk menawan Putrajaya.