Tiga Pelajar Muslim Ditembak Mati Di Negara "Polis Dunia"


TIGA mahasiswa Muslim di Amerika Syarikat telah ditembak mati dalam sebuah kejadian yang melibatkan pelajar di Universiti North Carolina di Chapel Hill.

Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 dan adiknya Razan Mohammad Abu-Salha, 19, telah ditemui mati di sebuah kompleks kondominium di luar kampus berhampiran Universiti.

Menurut laporan Huffingpost, suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang bersenjatakan pistol telah menyerah diri kepada pihak polis.

dua

Craig Stephen Hicks, 46, dari Chapel Hill telah ditahan dan didakwa atas tiga tuduhan membunuh.

Suspek kini di dalam tahanan reman di pusat penjara Durham County.

Pegawai polis di Chapel Hill dikatakan telah bertindak balas sejurus menerima laporan bunyi tembakan di sekitar kawasan Summerwalk Circle, pada 5.15 petang.

Tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Huffingtonpost