KOTA KINABALU - Seorang anggota tentera yang sedang
menyertai misi bantuan kemanusiaan mengalami kecederaan di bahagian
abdomen akibat diserang ikan todak.
Dia bagaimanapun terselamat apabila anggota tentera laut yang bertugas di kawasan berhampiran membawa beliau ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Koperal Jain Humjak, yang juga anggota tentera Rejimen Sempandan yang ditempatkan ditempatkan di Pulau Tugupil, di bawa ke pada pukul 11.45 pagi Rabu.

Terdahulu, kapal KD Perlis yang berada di bawah pegawai pemerintah,
Leftenan Komander Mohd Firdaus Hassan menerima panggilan kecemasan pada
pukul 1 pagi.
Ketika kejadian kapal tersebut sedang melakukan pemantauan di kawasan
perairan sekitar Pulau Tigabu yang terletak kira-kira 40 kilometer
daripada Pulau Tugupil segera bergegas ke tempat kejadian untuk membantu
mangsa.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kapal berkenaan tiba pada pukul 3.30
pagi, pasukan tentera laut tidak dapat masuk ke Tugupil kerana air surut
dan mereka terpaksa menunggu hingga air pasang pada pukul 7 pagi.
Selepas itu, baharulah Koperal Jain di bawa keluar daripada pulau berkenaan dengan menaiki bot tentera, Barakuda.
"Koperal Jain, yang menggeletar menahan kesakitan, diberikan rawatan
oleh anggota tentera laut yang berada di atas kapal KD Perlis," kata
Komander Tentera Laut Sandakan, Laksamana Pertama Ahmad Abdullah.
"Mangsa turut mengalami mabuk laut kerana keadaan laut yang berombak
ketika itu. Jain kemudiannya segera di bawa ke Hospital Sandakan,"
katanya.
Sempadan Pulau Tugupil terletak kira-kira 90 kilometer daripada Sandakan. -mStar
Sempadan Pulau Tugupil terletak kira-kira 90 kilometer daripada Sandakan. -mStar