Selalunya, jam tangan merupakan alat yang penting digunakan
bagi pelajar untuk mengetahui berapa masa yang tinggal sebelum tamat
tempoh peperiksaan dan "wajib" dibawa masuk pelajar ke dewan peperiksaan.
Penggunaan jam tangan amat membantu dalam ‘memberitahu’ dan
‘mengingatkan’ si pemakainya tentang minit-minit dan jumlah masa yang
masih berbaki dalam kekalutan menjawab soala.
Namun lain pula halnya di United Kingdom apabila para pelajar di beberapa univerisiti sudah mula
diharamkan dari memakai "jam tangan" apabila mereka memasuki dewan peperiksaan.
Arahan itu diberikan oleh beberapa universiti kerana risau jam yang
dipakai para pelajar mereka itu sebenarnya adalah "jam pintar" yang membolehkan pelajar meniru ketika
peperiksaan.
Di Univerisity of London misalnya, pihak pengurusan universiti itu mengakui telah "kantoi"kan dua pelajarnya yang dikatakan cuba menipu menggunakan jam pintar mereka.
Difahamkan bahawa ekoran insiden tersebut, pihak universiti merasakan adalah lebih mudah untuk mengharamkan
pemakaian semua jenis jam tangan dari membuang masa memeriksa setiap jam
yang dipakai oleh pelajar.
Pengharaman pemakaian jam tangan itu dijangka merupakan petanda awal bagaimana
penggunaan peranti pintar boleh pakai mengubah cara peperiksaan
dijalankan di mana para pengendali peperiksaan harus peka dengan kemajuan teknologi.
Selain itu, mereka juga perlu "up-to-date" mengenai alatan biasa yang akan dipintarkan seterusnya pada masa akan datang
Persoalannya, apakah guru dan pensyarah anda sudah menyedari tentang kewujudan “toyol moden” dalam
bentuk jam tangan pintar yang dipakai oleh para pelajar di Malaysia?
Sehingga kini belum lagi kedengaran kes seumpama itu di Malaysia melainkan beberapa kes kertas soalan peperiksaan "bocor" dan kisah-kisah "toyol tradisional" yang masih menjadi amalan segelintir pelajar, kan? -Kedahnews.com
Sumber asal: Independent