Ustaz Kazim Dituduh Rasis Kerana Ceramah 5 Tahun Dulu?

Satu laporan polis dibuat oleh seorang individu berbangsa Cina terhadap Datuk Ustaz Kazim Elias baru-baru ini kerana mendakwa pendakwah terkenal itu bersikap rasis dalam satu ceramahnya kira-kira berusia lima tahun lalu.

Laporan polis itu bagaimanapun dilihat seolah cuba menangguk di air keruh gara-gara isu Datuk Ismail Sabri yang dikatakan bersifat rasis apabila meminta pengguna memboikot peniaga Cina yang tamak dan enggan menurunkan harga barang tanpa alasan munasabah.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan Pui Tiong Lam yang membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11.05 pagi Isnin baru-baru ini.

Laporan itu mendakwa, Tiong Lam bertindak begitu selepas menerima kiriman mesej menerusi aplikasi Whatsapp daripada rakan yang memaparkan Ustaz Kazim sedang memberikan ceramah.

Dia mendakwa terkejut apabila melihat dalam rakaman berdurasi 10 minit terbabit kononnya Ustaz Kazim telah menghina kaum Cina.

Katanya, antara kecaman Ustaz Kazim itu ialah mereka hanya tahu melepak di kedai-kedai ‘minum’ dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai selain tidak banyak berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

Sebelum ini, Ustaz Kazim sememangnya menjadi mangsa oleh para penyokong parti politik pembangkang ekoran kenyataannya yang dilihat memihak kepada Kerajaan dengan berlandaskan hujah bernas dan nas-nas yang kuat hingga sukar dipatahkan. 

Kes mengenai ceramah Ustaz Kazim sebelum ini sememangnya pernah berbangkit namun ia selesai melalui penjelasan dari tokoh pendakwah itu tidak lama sebelum ini.

Berikut pula adalah beberapa petikan transkrip ceramah Ustaz Kazim yang berusia lima tahun itu;
 
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….” -Kedahnews.com