Jika disebut mesin vending (layan diri), pasti ramai yang terus membayangkan mesin menjual air tin atau kotak yang terdapat di lokasi-lokasi tumpuan awam di Malaysia.
Namun sekiranya di Jepun, kita akan dapati bahawa bukan hanya mesin menjual air kotak atau tin sahaja yang
disediakan di sana, malah mesin menjual mi segera, rokok, bunga segar, bateri, dan surat
khabar pun ada.
Tidak cukup dengan semua itu, mesin menjual serangga, telur, beras, seluar dalam wanita dan majalah lucah pun turut dijual menerusi vending machine!
Dengan kemajuan teknologi di negara maju itu, sebahagian dari mesin-mesin vending di negara itu menggunakan konsep touch screen terutamanya di stesen-stesen keretapi di Tokyo.
Mesin menjual beras. |
Mesin menjual bunga segar. |
Mesin menjual seluar dalam. |