VIDEO: Dua Lelaki Cina Gaduh Besar Depan Anak Gara-Gara Berebut Parking


Inilah jadinya bila tidak menyelami dan memahami semangat rukunegara yang merujuk pada "kesopanan dan kesusilaan".

Hanya kerana perkara yang sangat remah, kedua-dua lelaki berbangsa Cina dalam rakaman video ini sanggup bergaduh disebabkan berebut tempat meletak kenderaan.

Khabarnya, lelaki berbaju biru tersebut tidak berpuas hati dengan pemandu Myvi putih itu kerana dikatakan telah "mencuri" parkingnya.

Pada masa yang sama, pemandu Myvi itu juga enggan juga mengalah sehingga mencetuskan kemarahan dan pergaduhan sesama mereka.

Akibatnya, lelaki berbaju biru itu bertindak menendang pintu kereta tersebut hingga sedikit kemek biarpun cuba ditenangkan oleh isterinya.

Biar apapun puncanya, Kedahnews.com lebih simpati pada kanak-kanak yang dipercayai anak lelaki berbaju biru itu kerana terpaksa melihat situasi pergaduhan yang pada kami sangat memalukan seperti itu.

Entah apa jenis contoh "nilai murni" yang disaksikan kanak-kanak itu, kan? -Kedahnews.com