Video Geli Geleman! Cacing Besar Keluar Dari Bangkai Labah-Labah...

cacing ‘alien’
Betul-betul meremang bulu roma selepas menonton video amatur oleh seorang individu yang merakamkan detik-detik aneh kemunculan cacing ‘alien’ dari bangkai seekor labah-labah yang baru dibunuh.

Klip tersebut dikongsi oleh pemilik akaun Youtube, BaskWith2 kira-kira dua tahun lalu, namun ia kemudiannya dimuat naik sekali lagi dalam durasi yang lebih panjang dua hari lalu oleh seorang individu lain.

Menurut kisahnya, ketika sedang melakukan tugasan, si perakam dikejutkan dengan kehadiran seekor labah-labah besar, lantas dia menggunakan alat penyembur untuk membunuh hidupan araknid itu.

Namun, seketika kemudian, dia terkejut apabila seekor cacing mula muncul dari bangkai labah-labah tersebut!

Lagi memeranjatkan, saiz hidupan itu berganda panjangnya dari abdomen labah-labah yang menjadi habitatnya. Tak percaya, tengok sendiri video ini!


Walaupun ia kelihatan aneh dan hampir tak dapat diterima dek akal, namun kejadian tersebut tidaklah asing bagi para saintis dan pakar.

Parasit tersebut dikelaskan sebagai Mermithid Nematode yang sering menjadikan tubuh hidupan Arthropod seperti labah-labah, serangga dan krustasea.

Mermis_nigrescens_on_tettigonia_viridissima_beentree haematodus4-XL

Berdasarkan fakta sains, haiwan tersebut hidup di dalam ‘rumah tumpangannya’ dan memakan otot mahupun isi hidupan sebagai cara survivalnya.

Menurut satu laman sesawang, www.abc.net.au, sebelum mati, selalunya, labah-labah mahupun mana-mana hidupan Arthropod akan mencari sumber air. Nak tahu kenapa?

Cacing yang menumpang akan membuatkan ‘tuannya’ menjadi dahaga dan apabila tiba di kawasan berair seperti tasik mahupun kolam, ia akan berusaha keluar dari tubuh tumpangannya, lantas membuatkan hidupan itu mati!

Nah, kalau lepas ni anda terjumpa labah-labah mahupun mana-mana serangga mati di tepi minuman anda, ada baiknya curah sahaja minuman tersebut kalau tak nak cacing itu berpindah masuk ke dalam tubuh anda pula.

Yelah, kalau dalam badan labah-labahpun dia mampu besar dan panjang, apatah lagi kalau masuk dalam tubuh manusia. Yucks!




















Sumber: Mynewshub.cc