Video: Viral Kelibat Puntianak Di UiTM Vs Jejak Paranormal


Baru-baru ini viral di laman-laman sosial dan aplikasi komunikasi mengenai sekeping gambar yang dikatakan telah berjaya merakam kelibat pontianak di balkoni asrama salah sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Negeri Sembilan.

Khabarnya, gambar berkenaan telah dirakam oleh seorang pelajar universiti berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gambar berkenaan telah diedit atau dirakam menggunakan aplikasi tertentu yang memuatkan gambar makhluk halus secara automatik sebagaimana yang boleh dimuat turun dengan mudah dari internet.

Namun, Kedahnews.com ingin kongsikan sebuah video yang dikatakan telah dirakam pada Disember tahun lalu oleh penjejak paranormal yang dipercayai dari Indonesia dan memaparkan rakaman makhluk halus itu dengan lebih jelas serta lama durasinya.

Saksikan sendiri video berkenaan di bawah... - Kedahnews.com