Julia Vins |
Sekiranya kita melihat wajahnya, mungkin kita akan menyamakan dia dengan patung Barbie kesukaan kanak-kanak perempuan yang penuh aspirasi kewanitaan.
Hakikatnya, kita mungkin akan terkedu seketika apabila menyaksikan seluruh tubuhnya.
Fizikal gadis Rusia bernama Julia Vins, 18, seolah umpama watak adiwira Hulk, sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang atlet angkat berat.
“Orang mengenali saya sebagai ‘Muscle Barbie’. Saya sukakannya.
“Saya mempunyai mata yang besar dan cantik selain mengenakan solekan. Tapi, pada masa yang sama, saya seorang yang gagah.
“Saya boleh mengangkat beban sehingga 180 kilogram. Saya mahu membina
otot tubuh saya sebesar yang mungkin,” kata atlet Rusia yang juga pemegang tiga
rekod dunia dalam sukan tersebut.
Ditanya mengenai pandangan negatif sesetengah lelaki dengan tubuhnya,
Julia menyifatkan mereka hanya cemburukan pencapaiannya yang membanggakan selama ini.
Ada lelaki di luar sana yang minat memiliki isteri berciri "istimewa" seperti Julia?
Bersedia tubuh anda untuk diangkat dan dilambung-lambung isteri seperti Julia? Cubalah "cari pasal" dengan isteri atau kekasih seperti Julia, baru tahu langit tinggi ata rendah, kan? Bagaimana? Ada berani? -Kedahnews.com