SEORANG wanita mendedahkan impiannya untuk memiliki bentuk badan yang
kurus dan mengiurkan menjadi mimpi paling ngeri seumur hidupnya.
Ini kerana badan wanita bernama Kristina Mileski ini menjadi tidak ubah seperti seorang nenek tua.
Lebih tragis, impiannya menurunkan berat badan sebelum hari
perkahwinan telah memusnahkan kehidupan seksnya bersama suami yang baru
dikahwini.
Keadaan kulit badannya yang mengelebeh telah menyebabkan Kristina
malu untuk berbogel serta melakukan hubungan seks dengan suaminya.
Bentuk badan Kristina yang lama. |
Menurut Kristina, perubahan penampilannya kini bukan sahaja merosakkan tetapi juga memberi kesan sepanjang perkahwinan.
“Tahun pertama kehidupan kami sebagai suami isteri menjadi ngeri. Saya ingin menjadi normal kembali,” katanya.
Kristina yang tidak gembira dengan penurunan berat badannya
menyifatkan bentuk badannya dahulu nampak lebih seksi berbanding
sekarang.
Sumber; Mynewshub.cc
Sumber; Mynewshub.cc