Seremban – Lima lelaki bersenjatakan kapak melarikan enam kotak wayar
emas seberat 33 kilogram bernilai RM910,000 daripada sebuah lori milik
syarikat penghantaran barang dalam kejadian samun di Jalan
Seremban-Tampin, berhampiran susur masuk ke Taman Tuanku Jaafar Seremban
(TTJS), di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata,
dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, pemandu lori itu,
Mohd Irwadi Abdullah, 32, dan seorang pengawal keselamatan disamun lima
lelaki ketika mahu menghantar barangan ke sebuah kilang di TTJS, di
sini.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mereka yang membawa barangan
itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihalang
seorang lelaki yang menaiki kereta Toyota Alphard.
Menurutnya, sejurus selepas itu, sebuah lagi kenderaan dinaiki empat
lelaki bertindak menghalang lori terbabit sebelum dua lelaki
bersenjatakan kapak menyimbah muka kedua-dua mangsa menggunakan petrol.
“Dalam kejadian berkenaan, tangan pemandu dan pengawal diikat
menggunakan wayar sebelum suspek membawa lori bersama mangsa ke Jalan TJ
1/3, TTJS, di sini. – myMetro