Telah dikisahkan para ulama bahawa Allah SWT telah memerintahkan iblis supaya datang kepada Nabi Muhammad SAW agar menjawab segala pertanyaan yang Baginda tanyakan padanya.
Pada suatu hari, maka Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai seorang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah SAW, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah SAW lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuh mu dari kalangan umat-umat ku?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
Jawab iblis, "Sepuluh golongan"
Begitulah sebahagian di antara perbualan Rasulullah SAW dengan iblis laknatullah alaihi. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya iblis itu adalah musuh Allah dan manusia.
Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah SWT.
Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah SWT. Wallahua'alam. -Kedahnews.com

1. Engkau sendiri hai Muhammad.Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Berapa banyakkah teman mu di kalangan umat ku?"
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang gemar memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang kerana Allah SWT.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal Al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Jawab iblis, "Sepuluh golongan"
1. Hakim yang tidak adil."Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia," kata iblis.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.