20 Penyokong Tegar Anwar Berflashmob Di Kulim

Antara peserta flashmob yang memberi sokongan kepada Anwar. Foto: Sinar Harian
KULIM - Seramai 20 penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul kira-kira satu jam di jalan Lunas-Kulim berdekatan Pusat Khidmat Parlimen Padang Serai di sini, sebagai tanda solidariti kepadanya baru-baru ini .

Adun Lunas, Azman Nasrudin berkata, "flashmob" ini akan diteruskan di seluruh negeri Kedah untuk menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Kita adakan flashmob ini untuk menyatakan sokongan dan berdiri di belakang pemimpin kami.

“Kami juga mahu bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan mahu tuntut Anwar dibebaskan. Ini juga adalah pra himpunan ‘Kita Lawan 307’ di ibu negara pada hujung minggu ini,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.

Katanya, flashmob dilakukan di kawasan kuat Pakatan Rakyat dan mengharapkan rakyat memberi sokongan kepada mereka. -Kedahnews.com