Berikut adalah lebih dari 30 gambar yang sempat dirakam lensa kami secara eksklusif di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA ’15) pada majlis perasmian yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebentar tadi.
Najib dalam ucapan beliau di hadapan peserta dan delegasi seluruh dunia memuji penganjuran LIMA '15 kali ini yang disifatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah penganjuran pameran bertaraf antarabangsa itu.
LIMA ’15 tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991,
yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara dan mengatasi jumlah penyertaan 433 syarikat yang menyertai pameran itu pada dua tahun lepas.
Pameran tersebut juga mencatat sejarah tersendiri berikutan kehadiran semua 10 Menteri
Pertahanan ASEAN serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri
Pertahanan ASEAN (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lalu.
Kata Perdana Menteri lagi, LIMA telah melalui perjalanan yang panjang sejak
julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri
pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk menganjurkannya.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar LIMA '15... -Kedahnews.com