Sebuah hadis Rasulullah SAW pernah menjelaskan tentang kepentingan dan hikmah di sebalik tanggungjawab ibu bapa dalam peranan mendidik anak masing-masing.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda:
Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh ” (Riwayat Muslim)
Ibu bapa sekaligus menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dalam hal ini, kerana itulah maka terciptanya pepatah Melayu yang mengatakan "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".
Untuk mendidik anak haruslah bermula dari dalam perut. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi di dalam perut sebenarnya memberikan respon terhadap apa sahaja bunyi yang didengar dan sentuhan yang diberikan oleh ibu.
Justeru itu dibawah, kami kongsikan beberapa tips bagi membantu para ibu bapa mendidik anak menjadi insan yang soleh.
- Persekitaran yang baik – termasuklah kawasan kejiranan, sekolah, dan masyarakat sekeliling.
- Solat berjemaah sama ada di rumah atau di masjid serta keraplah mengahdiri majlis ilmu.
- Ibu bapa jangan pilih kasih. Sentiasa berlaku adil terhadap anak-anak dengan mengambil kra faktor jantina, umur, dan peribadi.
- Tidak memberi kemewahan berlebihan dan kurang kasih sayang.
- Namun jangan pula berlebihan dalam memberi kasih sayang, jika tidak akan menjadi seperti ‘Anakku Sazali’. Ingatlah selalu marah tandanya sayang.
- Ibu bapa harus peka dengan kehendak semasa selari peredaran zaman. Jangan selalu membandingkan kehidupan dahulu dan inginkan anak-anak begitu. Cukuplah memberikan mereka peringatan bahawa sebarang kesenangan yang ada kini lahir dari jerih perih orang dahulu.
- Budayakan SOLAT dalam jiwa anak-anak biarpun mereka masih kecil – ajar anak-anak cara wuduk, cara solat yang betul serta bawa mereka ke masjid berjemaah.
- Doa adalah senjata paling utama. Maka berdoalah agar anak-anak melalui jalan yang benar dan lurus.
Wallahua'alam. -Kedahnews.com