Abby Nikah Kali Ke-3? Ini Jawapan Darinya...

Selebriti yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi menjawab teka-teki yang sedang hangat diperkata di kalangan peminat yang mendakwa dia telah bernikah untuk kali ketiga dengan seorang lelaki bergelar "ustaz", Khairul Azli.

Abby yang "pening kepala" dengan gosip berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan kesal dengan para peminat yang cepat percaya pada khabar angin berkenaan.

"Pagi ni.. pening nak jawab mesej tahniah kata dah nikah. Adeh.. Senang gila percaya gosip. Tiada la.. Sekali lagi saya ulang buat masa ini TIADA," tegas Abby menerusi laman sosial Instagramnya, hari ini.

Kata Abby, dia telah menafikan gosip berkenaan pagi tadi, namun selebriti kontroversi berkenaan dikatakan cuba merahsiakan status dirinya yang terkini dari perhatian umum.

"Bila saya jawab tak dalam mesej pagi ni, ada yang kata nak rahsia la tu. Aduhai.. Rahsiakan untuk apa? Dah memang takde," tulisnya lagi di laman sosial itu.

Walau bagaimanapun, Abby menjelaskan bahawa jodohnya dengan lelaki berkenaan belum lagi menjadi kenyataan disebabkan perkara tertentu yang agak panjang untuk diceritakan.

"Blum sampai jodoh lagi sebab.. Ntahlah.. Panjang nak citer.. hehe," jelas Abby.


Gosip mengenai pernikahan Abby dengan Khairul Azli tercetus apabila lelaki itu memuat naik status menyatakan betapa kasih dan sayangnya dia pada selebriti itu, juga menerusi laman sosial baru-baru ini.

Ekoran itu, ramai peminat percaya Abby dan Khairul Azli telah bernikah secara diam-diam tanpa pengetahuan orang ramai sebagaimana yang pernah dilakukan Abby dengan bekas suaminya sebelum ini, Mohamad Farhan.

Abby dilihat intim dan rapat dengan Khairul Azli sejak bercerai dengan Farhan dan lelaki berkenaan difahamkan turut disenangi oleh anak-anak Abby.