Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
Seorang pemimpin kanan PAS meramalkan jawatan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang akan datang.
Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau berhasrat
untuk mempertahankan jawatannya.
Mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi, terdapat beberapa
pencalonan untuk jawatan tertinggi, kata seorang pemimpin yang tidak
mahu dikenali.
“PAS amat demokratik dan akan berlaku saingan sengit pada kali ini kerana terdapat banyak isu di dalam parti,” katanya.
Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa
jawatan No.1 tidak akan dipertandingkan kerana tiada calon berkemampuan
di dalam parti untuk menandingi Hadi yang mendapat sokongan golongan
pro-ulama.
“Biar jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua
jawatan eksekutif terbuka kepada pencalonan dan dipertandingkan. Ini
adalah apa yang anda semua sebut sebagai demokrasi,” katanya.
Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.
Pemimpin tersebut berkata sebuah pertandingan adalah mekanisme
penting penyemak dan pengimbang untuk membawa mana-mana parti politik ke
hadapan. -mStar