JITRA – Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis)
mendakwa terdapat pengetua sebuah sekolah agama di pusat bandar berjiwa
Syiah.
Pengerusinya, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana dipercayai berlaku dalam kawasan persekolahan.

“Memang ada pengetua sekolah agama yang berjiwa Syiah di negeri ini.
Kalau kita nak kesan dia memang susah sebab dia pandai berpura-pura.
“Tetapi maklumat yang saya peroleh dia telah mengiakan fahaman Syiah itu dan sedang mempelajarinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pengetua itu dipercayai telah mengamalkan fahaman tersebut sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum.
“Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak ditangani lebih awal, mungkin boleh mempengaruhi pelajar dan guru lain.
“Kita tidak mahu perkara ini sampai ke tahap penyebaran yang lebih teruk. Kita harap suatu tindakan serius dapat diambil pihak berkenaan,” katanya.
Abd Aziz berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu secara terperinci dan memastikan tidak wujud fahaman Syiah dalam institusi pendidikan.
“Kita percaya pengetua itu mungkin terpengaruh oleh ahli keluarga yang mengamalkan fahaman Syiah ataupun rakan-rakan,” katanya.
Sebelum ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah juga pernah mendedahkan perkara sama membabitkan guru Pendidikan Islam menyebar fahaman Syiah.
Perkara itu dilaporkan berlaku di beberapa sekolah menengah di Kota Setar dan Kubang Pasu.
Selain itu, beliau berkata, terdapat juga seorang pemimpin parti politik yang menyebarkan fahaman Syiah secara bersembunyi.
Individu yang digelar ‘guru’ itu sering berkunjung ke Alor Setar setiap bulan untuk tujuan tersebut.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, ‘guru luar’ itu akan menyebarkan fahaman Syiah di sebuah rumah setiap bulan.
“Perkara ini sudah lama berlaku tanpa pengetahuan pihak berkuasa kerana mereka sering melakukannya secara bersembunyi,” katanya. -Sinar Harian