MB Melaka membantu Dr Md Khalid... macam ni lah yang kita mahu, kan? |
Dr Md Khalid yang juga Adun Bukit Baru turut memuji tindakan kerajaan
negeri yang disifatkannya sebagai penting dalam menjaga kepentingan umat
Islam di negeri ini.
"Ada yang melihat tindakan ini agak kecil tetapi apa yang perlu dilihat
adalah makna serta kesannya yang cukup besar," katanya ketika
membahaskan usul ucapan terima kasih kepada ucapan Yang Dipertua Negeri
Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena perasmian persidangan Dun Melaka
di sini.
Keputusan melarang penjualan arak itu dibuat pada Mesyuarat Exco
Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Januari lepas. Ia bagaimanapun mendapat
reaksi negatif antaranya daripada Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh yang
dilapor tidak setuju dengan tindakan itu dan berkata ia bukan perkara
serius yang perlu dibangkitkan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika menggulung ucapan
itu berkata sokongan daripada Dr Md Khalid itu merupakan pembakar
semangat untuk kerajaan negeri terus berusaha menjaga kebajikan umat
Islam di negeri ini.
Usul itu kemudian diluluskan dewan dengan suara terbanyak. - Bernama