Ainul Aishah Nafi Berbikini Di Boracay Island, Tapi…

Sebelum ini, nama pelakon filem Histeria, Ainul Aishah diperkatakan ramai kerana didakwa berpakaian seksi ketika bercuti bersama temannya di Boracay, Filipina.

Namun, Ainul menafikan dirinya berpelakuan demikian dan akhirnya, ramai pihak sedar bahawa gambar tersebut merupakan hasil editing menggunakan teknik ‘mirror’.

Namun, yang tak sedapnya, kenyataan yang diberi Ainul itu seperti tidak selari dengan gambar yang dikirimkan oleh satu sumber.

Ujar sumber tersebut, melalui laman Instagram salah seorang rakan yang turut serta dalam percutian itu, Ainul kelihatan lebih daring daripada foto-foto yang dimuat naik ke dalam akaun sendiri.

Entahlah, mungkin untuk mengelakkan dari dikecam peminat, Ainul tidak memasukkan sesetengah gambar yang terlalu terdedah di akaun sendiri.

Namun tindakan rakannya yang meletakkan foto tersebut dilihat tidak selari dengan kenyataan Ainul yang menafikan dirinya berbikini di sana. Hmmm… entahlah.

Jika membandingkan foto yang dimasukkan Ainul ke laman Instagramnya, dia masih memakai top berwarna turqoise namun lain pula dalam foto di akaun "Annieaaris" yang top tersebut sudah ‘hilang’ lantas meninggalkan satu lapisan pakaian dalam.

Bukan menuduh pakaian tersebut merupakan bikini, namun ia kelihatan lebih terdedah. Sementelah, rakan di sebelahnya lebih berani dengan hanya memakai two piece.

Secara mudahnya, mana-mana selebriti harus sedar bahawa tindakan kurang bijak mereka mendedahkan momen percutian boleh membangkitkan sensasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Biasalah, kalau dah ke tepi pantai, mood nak ikut gaya hidup barat dengan berbikini pastinya membuak-buak, kan?

Makanya, belajarlah dari kesilapan artis-artis terdahulu yang teruk dikecam kerana berpakai mencolok mata, ya! Simpan sahajalah gambar-gambar tersebut untuk tatapan peribadi. 

Sumber; Mynewshub.cc