Ainul Aishah Nafi Pakai Bikini, Sarung Baju Diluar


TAK semena-mena hanya kerana sekeping gambar, nama Ainul Aishah kembali menjadi sebutan hangat di kalangan pengikut Instagramnya.

Dikatakan memakai bikini, Ainul tampil mempertahankan dirinya agar peminat tidak terus membuat andaian yang bukan-bukan terhadapnya.

“Saya tak nak bercakap mengenai hal itu sebab kalau tengok betul-betul saya tak pakai bikini pun. Saya sarung baju di luar. Saya tak fikir hal ini patut dipanjangkan lagi dan tidak perlulah saya memberikan komen lebih lanjut sebab ia bukan perkara penting.

“Selepas jadi makin kecoh itu, saya balas komen orang hanya untuk suka-suka bagi menghiburkan hati saya. Saya sudah berfkiri secara mendalam, lebih baik berkawan daripada mencetuskan permusuhan.

“Kejadian itu sangat negatif kepada saya. Ia membuatkan saya rimas dan letih kerana kehidupan saya sentiasa dikelilingi perkara positif selama ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.


Kalau diperhatikan memang dia tidak memakai bikini pun, sebaliknya hanya menggunakan aplikasi mengedit gambar yang dikenali sebagai ‘mirror apps’.

Rasanya lepas ni Ainul perlu berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang gambar agar ianya tidak salah anggap oleh peminat mahupun hatersnya di luar sana.

Maklumlah apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti memang selalu sahaja menjadi perhatian masyarakat sekeliling, kan?
 
Cuma mungkin lebih baik jika artis kita ini yang kami kira beragama Islam supaya mengenakan pakaian yang menutup aurat. Kami yakin langsung tiada orang yang nak fitnah dia, malah mungkin ramai pula yang akan memuji, kan? -Kedahnews.com