KUALA LUMPUR – Promosi tempat duduk percuma AirAsia kini kembali,
dengan lebih daripada tiga juta tempat duduk ditawarkan ke lebih 20
negara dalam rangkaian luas kumpulan itu, termasuk laluan AirAsia X.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata tempahan boleh dilakukan
secara dalam talian di airasia.com mulai hari ini hingga 29 Mac, untuk
perjalanan dari 1 Sept 2015 hingga 31 Mei 2016.
Tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia pada
peranti iPhone dan Android, selain laman mudah alih mobile.airasia.com.
AirAsia berkata menerusi tambang asas bermula RM0 dan pemansuhan
surcaj bahan api baru-baru ini, pengguna mungkin hanya perlu membayar
cukai lapangan terbang dan fi semasa membuat tempahan untuk promosi kali
ini. – BERNAMA