Bukan sedikit ranjau yang terpaksa ditempuhi kedua-dua individu ini
sebelum bergelar suami isteri, namun betullah apa yang dikata oleh orang
tua-tua, ‘kalau jodoh takkan ke mana’.
Berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, pelakon sensasi Hanez Suraya
Abdul Aziz selamat bernikah dengan pasangannya, Romie Razin Adilha kira
kira jam 11.25 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz.
Melalui ruangan Instagramnya, Hanez memuat naik beberapa keping foto live update majlis akad nikahnya yang berlangsung dalam tona serba putih.
Lebih mengujakan, pelakon watak antagonis dalam drama Love You, Mr
Arrogant itu turut memuat naik foto dirinya bersama kedua-dua anak tiri
hasil perkahwinan terdahulu Romie. Ahh, sweet betul!
Hanez menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala nilai hantarannya dirahsiakan.
Kedua-dua mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Hanez, Abdul Aziz
Mohd Said di hadapan kira-kira 200 tetamu yang hadir dari kalangan ahli
keluarga, rakan dan media.
Majlis resepsi mereka akan diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.
Harapnya selepas ini, redalah kisah sensasi membabitkan Hanez mahupun
Romie. Yelah, tiada manusia yang maksum tanpa cela dosa, kan? Tahniah
kepada kedua-dua mereka. -Mynewshub.cc