KECANTIKAN wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah
Majalah Remaja membuka penyertaan finalis Dewi Remaja kepada gadis
bertudung sememangnya baik.
Bagaimanapun apabila bertudung sudah pasti ada ‘adat’ yang perlu
dijunjung kerana tudung yang digunakan untuk menutup sebahagian aurat
itu juga, merupakan lambang agama dan tata susila.
Justeru apabila video memaparkan finalis Dewi Remaja 2015 yang
bertudung namun memakai seluar ketat ikut sama menari hingga mendedahkan
liuk lentok tubuh tersebar, ia dikecam ramai netizen.
Dipercayai, aksi menari mengikut alunan lagu rancak ini dilakukan dalam satu flashmob yang berlangsung di KL Sentral, semalam.
Tidak dapat dinafikan, pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan
ramai bintang yang memeriahkan dunia seni tanah air antaranya Scha
Al-Yahya, Neelofa, Anzalna dan ramai lagi.
Tahniah juga diucapkan kepada Majalah Remaja kerana berjaya menongkah
arus penerbitan hari ini apabila masih laris di pasaran tetapi pada
masa sama, teguran daripada peminat harus diambil kira juga demi
kebaikan dan nama baik majalah, betul tak?
Jadi selepas ini, kami sarankan supaya sebarang aktiviti yang
dirancang untuk para Dewi Remaja mestilah mengambil kira juga sama ada
ia sesuai atau tidak untuk finalis yang bertudung.
Sumber: Mynewshub.cc