Seorang tukang masak tentera, Victor Gamboa, 27, kini
tidak senang duduk selepas gambarnya mandi dan membasuh rambut di dalam
periuk besar yang digunakan untuk membuat sup, tersebar di internet.
Ia juga menyebabkan pihak tentera terpaksa melakukan siasatan dan jika perlu, tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Gamboa.
Gamboa, dari batalion polis tentera ke-13, dirakamkan membuka baju
dan kemudiannya memanjat ke dalam periuk besar yang mengandungi air.
Menurut seorang lagi tukang masak, Juan Camargo Cubillos, Gamboa
memanjat periuk yang penuh dengan air yang digunakan untuk memasak sup
untuk seluruh tentera di kem itu.
“Mula-mula dia membasuh rambut dan kemudiannya membasuh kaki dan alat sulitnya.
“Ia amat menjijikkan dan saya tidak percaya apa yang saya nampak.
“Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dilakukan itu, dia hanya
ketawa dan memaklumkan bahawa saya tidak perlu risau mengenainya,’’ kata
Cubillos.
Insiden tersebut berlaku pada bulan Julai tahun lepas namun Cubillos telah dimaklumkan supaya memadamkan gambar berkenaan.
Bagaimanapun gambar tersebut kini telah tersebar di internet.
Dengan tersebarnya gambar berkenaan, maka ramai yang tidak terkejut
apabila tempat memasak itu telah diarahkan ditutup selepas mendapat
arahan daripada Sekretariat Kesihatan.