Gambar Hiasan |
SUNGAI PETANI – Ahli Jawatankuasa Masjid Muhibbudin Sungai Pasir tidak
menyangka al-Quran yang diletakkan di dalam masjid berkenaan lesap
dipercayai dicuri pihak tak bertanggungjawab.
Ahli Jawatankuasa Masjid Muhibbudin Sungai Pasir, Mohamad Radzi Samsudin, 59, berkata, kejadian itu hanya disedari 23 Mac lalu apabila salah seorang jawatankuasa bertanyakan mengenai al-Quran di masjid berkenaan yang dilihat berkurangan sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya, mencurigai berlaku sesuatu, jawatankuasa mula melakukan pengiraan ke atas naskhah yang tinggal dan mendapati sebilangan besar tiada di rak yang disediakan.
“Selalunya, al-Quran disusun di rak bahagian tepi selepas digunakan jemaah yang mengisi masa terluang membacanya sebelum dan selepas menunaikan solat.
“Namun, beberapa jawatankuasa mula menyedari naskhah itu yang diterima atas sumbangan dan wakaf beberapa pihak semakin berkurangan,” katanya.
Mohamad Radzi berkata, selepas dikira barulah mereka menyedari sebanyak 11 al-Quran lesap.
Jelasnya, kejadian sama juga pernah berlaku pada penghujung Disember lalu apabila sebanyak 30 naskhah al-Quran yang diwakafkan Telekom Malaysia hilang di rak dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
“Kita tidak mahu kegiatan ini berterusan dan meminta penduduk yang menyedari individu mencurigakan di kawasan sekitar supaya segera memaklumkan jawatankuasa masjid.
“Sebelum ini kita dengar kes kecurian peralatan masjid seperti kipas angin atau tabung masjid tetapi tidak sangka, al-Quran juga sanggup dijadikan sasaran,” katanya.

Sumber: Sinar Harian