ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah melakukan serbuan ke kediaman
dihuni pendatang asing tanpa izin (Pati) di lima daerah dalam operasi
yang diadakan selama dua hari berturut-turut.
Seramai 63 orang diperiksa dalam serbuan pertama bermula jam 11.30 malam Isnin lalu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Aidil Safri Adnan.
Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, 27 warga asing ditahan dalam Ops Sapu Sungai Petani melibatkan kawasan perumahan sekitar Sungai Petani.
“Kesemua warga asing ditahan membabitkan warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh kemudiannya dibawa ke Lokap Jabatan Imigresen Kedah cawangan Sungai Petani.
“Manakala, lima lelaki warga Bangladesh ditahan dalam serbuan kedua kira-kira jam 1.15 pagi, 3 Mac lalu di sebuah stor pembinaan di Alor Setar,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Yusri berkata, operasi diteruskan di sebuah kediaman di Kota Sarang Semut, dan anggota penguatkuasa Imigresen menahan enam lelaki warga Indonesia.
Menurutnya, mereka turut menahan tiga lelaki dan dua wanita warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh dalam serbuan di Pokok Sena dan Jitra.
"Bilangan Pati ditahan dalam serbuan selama dua hari adalah seramai 43 orang.
"Kesemua mereka ditahan sementara di Lokap Jabatan Imigresen Malaysia Alor Setar dan Sungai Petani sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Belantik nanti,” katanya.
Katanya, kesemua Pati ditahan kerana melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(c) dan 6(3) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002. - Sinar Harian