Anak Gadis TPM Selamat Diijab Kabul Hari Ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta ibu bapa pengantin lelaki, Chiam Juat Wah dan Koh Lai Poo bergambar bersama pasangan pengantin baru Idris Koh Keng Hui, 29, dan Najwa, 28, selepas majlis akad nikah di Seri Satria, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA – Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di sini hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

TPM

Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun.

Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Puan Chiam Juat Wah dan Encik Koh Lai Poo, anggota keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan sahabat handai. – BERNAMA