Masjid Ar-Rahman Di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. |
PULAU PERHENTIAN - Pembinaan masjid baharu Pulau Perhentian yang dikenal
dengan nama Masjid Ar Rahman terbukti menyuburkan lagi perkembangan
syiar Islam di pulau peranginan itu.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, terdapat 499 masjid di negeri ini dan Masjid Ar Rahman adalah yang terbaru dibuka setakat ini.
Menurutnya, masjid itu sangat diperlukan penduduk bagi menggantikan masjid lama sebelum ini dan pembinaannya memberi syiar Islam yang baik kepada umat Islam di sini termasuk pelancong.
“Saya difahamkan kehadiran penduduk kampung dan pelancong meningkat ke masjid baru ini berbanding dengan masjid terdahulu.
“Kedudukannya yang sebahagian berada di atas air amat mendamaikan jemaah ketika bersolat di masjid ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan program turun padang di perkampungan Pulau Perhentian Kecil hujung minggu lalu.
Hadir sama Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pegawai Daerah Besut, Ahmad Azhar Harun.
Datang solat setiap hari
Mohd Razali berkata, laungan azan dan alunan bacaan al-Quran yang dapat didengari sehingga ke chalet atau resort turut menarik pelancong dalam dan luar negara yang beragama Islam datang untuk solat di masjid baharu ini.
“Saya difahamkan ada pelancong dari Timur Tengah membayar tambang bot lebih RM60 dari resort penginapannya setiap hari semata-mata untuk datang solat di masjid baru berkenaan sepanjang mereka bercuti di situ.
“Malah pelancong bukan Islam juga tertarik dengan seni bina dan pegangan agama penduduk pulau yang sentiasa mengimarahkan masjid berkenaan,” katanya.
Tambahnya, akhlak baik ditunjukkan penduduk khususnya jemaah mendapat pujian apabila barangan pelancong yang tertinggal di kawasan masjid seperti di tempat mengambil wuduk tidak hilang, malah dikembalikan kepada pemiliknya.
Mohd Rozali turut meminta penduduk Islam di pulau berkenaan menunjukkan contoh budaya dan agama terbaik kepada pelancong.
“Diharapkan masjid ini jadi tempat menyatukan masyarakat Islam di sini dan lebih banyak program keagamaan dapat diadakan di sini,” katanya.
Mampu tampung 1,000 jemaah
Sementara itu, Tengku Zaihan berkata, pembinaan masjid dengan kos sebanyak RM12.9 juta itu amat menguntungkan kepada pengembangan syiar Islam untuk jangka masa panjang di pulau berkenaan.
Masjid yang diberi nama sempena nama bekas Adun Kuala Besut yang merupakan anak jati Pulau Perhentian, Dr A Rahman Mokhtar itu mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
“Kemudahan jeti di masjid yang boleh dimasuki terus dari laut memudahkan pelancong yang berada di tempat penginapan mereka, nelayan dan pihak lain ke masjid itu tanpa perlu pergi ke jeti utama,” katanya.
Pulau mesra Islam
Pelancong Islam dari Perancis, Zakaria Belhampra, 29, berkata, masjid tersebut sangat cantik dan alunan bacaan al-Quran yang diperdengarkan melalui pembesar suara pada waktu tertentu dapat didengari sehingga ke resort penginapannya yang terletak di Pulau Perhentian Besar.
Menurutnya, alunan bacaan al-Quran dan keindahan masjid tersebut menarik dia dan rakan senegaranya, Philippe Rocleho, 40, untuk bersolat di sana.
“Pulau ini sangat mesra Islam dan memudahkan pelancong beragama Islam untuk beribadat sambil menikmati keindahan panorama sekitar,” katanya.
Manakala, pelancong dari Algeria, Yacane Khodja, 27, juga tertarik dengan masjid yang tersergam indah di tengah pulau pelancongan dunia itu.
Katanya, jemaah dari kawasan lain di pulau itu mudah untuk ke masjid tersebut kerana terdapat dua tangga jeti disediakan.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenal sebagai Mohamad berkata, pembinaan masjid baharu itu benar-benar menambah lagi syiar Islam di pulau berkenaan.
Menurutnya, sejak masjid tersebut dibuka, bilangan jemaah yang datang untuk solat amat luar biasa dan jauh berbeza dengan kehadiran jemaah ketika solat di masjid lama sebelum ini. -Sinar Harian