Haiwan ikon Australia, koala |
MELBOURNE – Hampir
700 koala dibunuh oleh pihak berkuasa kawasan tenggara Australia,
kerana jumlah haiwan tersebut semakin bertambah, lapor media tempatan.
Jumlah koala yang meningkat itu menyebabkan banyak
antara mamalia tersebut mengalami masalah kekurangan zat bekalan makanan
secara semula jadi di habitat mereka.
Menteri Alam Sekitar Negeri Victoria, Lisa Neville
mengesahkan hal tersebut, dan kebanyakan koala yang terpaksa dibunuh itu
direkodkan di taman negara, Great Cape Otway.
Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan sudah
meminta nasihat daripada pakar hidupan liar antarabangsa untuk menangani
masalah sistem ekologi yang dihadapi.
Yayasan Kehidupan Liar Australia
menganggarkan lebih 100,000 koala hidup bebas di beberapa negeri di
Australia dan menjadi simbol rasmi ikon negara itu selain kanggaru.
Langkah
pembunuhan itu juga dibuat ekoran bilangan besar haiwan tersebut tidak
ideal sehingga menyebabkan banyak koala mati kebuluran akibat tidak
cukup makan. – AFP