SUNGAI PETANI - Seorang buruh kasar dituduh penyebab kematian bayi
perempuannya yang berusia enam bulan di Mahkamah Majistret , Sungai
Petani, semalam.
A Dhivianathan 33, dituduh melakukan perbuatan itu pada kira-kira jam 1 pagi hingga 12.20 tengah hari, pada 24 Februari lalu.
Tindakan itu didakwa penyebab kematian bayi berkenaan yang dilakukan di sebuah rumah dekat Taman Sutera, Sungai Petani.
Mengikut pertuduhan, Dhivianathan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya, D Dhiviasini.
Disebabkan itu, dia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nuraswan Aminuddin di hadapan Majistret Mohd Izham Ali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh semasa pendakwaan dibacakan jurubahasa.
Mahkamah menetapkan 12 April 2015 bagi sebutan semula kes dan mendapatkan laporan lengkap bedah siasat serta ujian DNA.
Terdahulu, akhbar ini menyiarkan, mangsa yang baru berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia setelah dibawa kedua ibu bapanya ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pemeriksaan perubatan bagaimanapun mendapati terdapat kesan lebam di badan, leher dan pipi mangsa selain bengkak di kepala.
Lanjutan laporan bedah siasat doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah yang membuat pemeriksaan juga mengesahkan terdapat kesan tusukan objek di bahagian dubur mangsa dan ususnya pecah menyebabkan bayi itu meninggal dunia. -Sinar Harian