Bapa Terkejut Anak Main Dengan Tengkorak Di Belakang Rumah

ALOR SETAR - Seorang bapa yang seronok melihat anaknya sedang bermain bagaimanapun terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu sebenarnya sedang memegang tengkorak manusia di belakang rumah mereka.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Baltiysk, Rusia, bapa berkenaan, Vasiliy Starovoytov, 55, menceritakan bahawa dia pada mulanya seronok apabila melihat anaknya sedang bergelak dengan sesuatu objek.

Bagaimanapun apabila dia mendekati anaknya, Roman, 8, kanak-kanak itu sebenarnya sedang memegang satu tengkorak manusia yang masih lagi diselaputi tanah.

"Saya terkejut apabila Roman menunjukkan tengkorak itu, saya membuangnya dan membawa dia jauh dari situ," katanya sebagaimana yang dilapor di media antarabangsa, baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa di wilayah itu, persekitaran rumah Vasiliy dan tengkorak berkenaan mendapati bahawa kawasan berkenaan adalah merupakan lokasi medan perang sebelum ini.

Kata sumber itu lagi, sebahagian mayat tentera yang maut dalam perang turut terkubur di kawasan rumah Vasiliy. -Kedahnews.com