Barbie Dari Nigeria Laris Dipasaran...

QUEEN Afrika direka untuk mempromosikan idea femininisme kuat, berkasih sayang, cintakan keamanan dan tabah.
Kerana tidak dapat mencari anak patung berkulit hitam untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya, lelaki ini memutuskan untuk mencipta anak patung sendiri.

Taofick Okoya, 43, memulakan langkah itu supaya kanak-kanak Nigeria boleh bermain dengan anak patung yang dekat dengan diri mereka sendiri.

Ternyata langkah diambil Okoya itu tepat apabila dia berjaya menjadikannya anak patung Barbie paling laris.

Anak patung dikenali sebagai Queen Afrika itu didatangkan khas dengan pakaian dan aksesori tradisional dijual pada harga kira-kira RM25.

9,000 unit anak patung dijual setiap bulan.
Rupa anak patung itu direka mewakili tiga suku kaum terbesar di Nigeria bertujuan untuk mempromosikan idea femininisme yang kuat, tebal kasih sayang, cintakan keamanan dan tabah.

Queen Afrika itu dijual sehingga 9,000 unit sebulan turut boleh ditawarkan untuk pelanggan dalam talian sehingga ke Amerika, Brazil dan Eropah.

Menurut Okoya, misinya ialah menjadikan Queens Afrika sebagai simbol harapan, kepercayaan, serta keyakinan untuk mempromosikan sejarah, budaya, dan fesyen Afrika.

WAJAH anak patung direka Okoya mewakili tiga suku kaum terbesar di Nigeria.
“Saya benar-benar berharap Queen Afrika memberi kesan positif kepada generasi muda yang suatu ketika dulu mengimpikan anak patung berkulit putih walaupun mereka sebenarnya berada di Afrika.

“Ia membuatkan saya sedar dan perlu melakukan sesuatu supaya kanak-kanak di Afrika berbangga menjadi gadis berkulit hitam,” katanya.

Namun laluan ditempuh Okoya tidak selamanya mudah.

ANTARA koleksi anak patung berkulit hitam ciptaan Okoya.
Dia diberitahu, Queen Afrika tidak boleh dijual di rak utama di kedai di Amerika, selain dihadkan hanya di kedai menjual anak patung.

Bagaimanapun, Okoya berazam untuk mengubah keadaan itu.

“Saya akan buktikan mereka salah,” katanya.

OKOYA mula mencipta anak patung kulit hitam pada 2007.

Sumber: myMetro