SEORANG bayi perempuan yang baru dilahirkan di India diangkat sebagai tuhan Hindu kerana mempunyai hidung seperti belalai gajah.
Bayi yang belum diberi nama itu dilahirkan di Kampung Aligarh, Uttar
Pradesh, India pada Khamis sebelum dipuja oleh penganut agama berkenaan
kerana percaya dia merupakan jelmaan tuhan.
Berikutan itu juga kampung tersebut sesak dengan orang ramai yang
mahu melihat keadaan bayi berkenaan dan bersembahyang untuk mendapatkan
tuah.
Ibu saudara kepada bayi itu yang enggan dikenali berkata, orang ramai
bukan sahaja mengunjungi rumah abangnya tetapi turut menawarkan
pelbagai ganjaran kepada bayi terbabit.
“Kakak ipar saya telah melahirkan bayi terbabit pada pukul 7 pagi Khamis dan mukanya seperti tuhan Ganesha.
“Tidak lama selepas itu orang ramai mula mengunjunginya untuk mendapatkan tuah dan berkat,” katanya.
Difahamkan, ibu bapa bayi yang mengalami kecacatan pada muka itu
bakal menjadi kaya sekiranya terus membenarkan orang ramai mengunjungi
anaknya untuk mendapat tuah. - mStar