ALOR SETAR - Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik melahirkan
kebimbangan terhadap senario politik dalaman PR yang dilihat kurang
persefahaman, berikutan ia boleh menyebabkan sokongan undi kepada
pakatan berkurangan sekiranya pimpinan tertinggi terus bertelagah.
Katanya, kedua-dua pihak sama ada DAP mahupun Pas perlu memikirkan kaedah paling sesuai dalam menangani perkara-perkara sensitif kerana perselisihan faham hanya akan memanfaatkan BN, selain membuatkan rakyat muak dengan gelagat pemimpinnya.
“Harapan rakyat terhadap PR amat besar sejak 2008 namun, memandangkan wujud perselisihan pandangan yang tidak mendatangkan faedah kepada PR, tidak mustahil sokongan pada PR akan beralih. Rakyat mahu pemimpin PR buat kerja, bukan asyik bergaduh,” katanya.
Menurutnya, diharap DAP-PKR-Pas mengukuhkan kerjasama sekiranya enggan melihat PR kecundang pada PRU akan datang.
“Jika keadaan berlarutan seperti ini, saya khuatir rakyat akan buat pilihan yang lain. DAP perlu tahu mengawal situasi, jangan asyik menyakiti rakan dalam pakatan terutama apabila melibatkan isu agama dan kaum,” katanya.
Mengulas keputusan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sama ada menyerlahkan sikap sebenar Guan Eng yang angkuh, Guan Aik mengakui segelintir pemimpin DAP Pusat degil enggan menerima pandangan pihak lain.
“Ini yang buatkan jadi huru-hara semua. Saya tidak tuduh siapa-siapa,” katanya ketika ditanya sama ada keputusan Guan Eng itu penyebab kepada tindakan DAP Sarawak keluar dari PR, sehingga melarat kepada sayap parti, Dapsy yang membekukan kerjasama dengan Pemuda Pas.
Katanya, Pas dan DAP perlu tahu sentimen rakyat yang mahukan perubahan.
"Kalau macam ini bagaimana nak ubah. Kelemahan ini akan beri ruang kepada BN. Kedua-dua pihak perlu bijak bagaimana untuk selesaikan isu-isu sensitif, ini menunjukkan PR masih tidak belajar,” katanya. -Sinar Harian