Benci Bapa Sendiri Maka Kafirlah Dia... - Rasulullah SAW

Boleh katakan hampir semua anak remaja, pelajar sekolah mahupun anak muda di Malaysia kini memiliki akaun laman sosial sama ada Facebook, Twitter, Instagram, blog, aplikasi whatsapp, wechat dan sebagainya.

Namun tanpa mereka sedar bahawa setiap laman akaun yang dibuka itu berkemungkinan memberikan akses bagi pengguna-pengguna di seluruh dunia untuk membaca status di laman-lama sosial tersebut.

Meskipun dididik dengan pengajian agama, diajar untuk mengamalkan akhlak yang baik dan bersesuaian dengan adab sopan ketimuran, masih lagi terdapat anak-anak muda yang tergamak memuatnaik status yang biadap serta kurang ajar terhadap bapa sendiri.


Lebih malang, mereka-mereka yang begitu galak menghina bapa mereka di laman-laman sosial itu dikenal pasti beragama Islam yang terkenal dengan ketinggian akhlaknya.

Justeru itu, kami berbesar hati untuk berkongsi sebuah hadis Rasulullah SAW berkenaan membenci bapa sendiri agar dapat memberi kesedaran kepada mereka bahawa menghina bapa sendiri jatuh kafir hukumnya!

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Janganlah kamu membenci bapa kamu. Sesiapa yang benci pada kepada bapanya, maka dia kafir.” (riwayat Muslim)
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Isra', ayat 23:

 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا 
قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Biar sejahat atau seburuk mana sekalipun ibu atau ayah kita, mereka tetap ibu bapa yang perlu kita hormati serta layan dengan baik. Bukan untuk membalas jasa, namun itulah perintah Allah SWT... -Kedahnews.com