KAJIAN Dr Minovici melihat hubung kait antara tatu dengan pelakuan jenayah. |
Pemilik asal tatu ini mungkin sudah lama meninggal dunia, namun hiasan badan dari kurun ke-19 ini masih mengagumkan.
Semua ini antara koleksi pelik kulit manusia yang ditatu dan kini dipamerkan di Bucharest, Romania.
Koleksi ini pernah menjadi milik Dr Nicolae Minovic, pakar forensik terkemuka di negara itu yang mengambilnya daripada mayat di Institut Perubatan Forensik di mana dia pernah menjadi pengurusnya.
Antara kajiannya melihat sama ada wujud kaitan antara tatu dengan pelakuan jenayah.
KULIT diambil dari koleksi Dr Nicolae Minovici. |
Pameran ini memaparkan cebisan kulit yang dihiasi tatu diambil daripada pelbagai subjek dari lewat kurun ke-19 hingga awal kurun berikutnya.
Antara yang paling menarik ialah milik Alexandru Popescu yang dilahirkan di Bucharest pada 1900.
Satu bahagian pada pameran itu dikhususkan untuknya.
Popescu menyertai pasukan tentera upahan Perancis pada usia 27 tahun dan dihantar ke Maghribi untuk membantu menamatkan pemberontak penduduk tempatan.
GAMBAR yang kononnya menunjukkan Popescu dan tunangnya. |
Ketika berkhidmat, dia ditatu di beberapa bahagian tubuhnya oleh rakannya, warga Czechoslovakia, lelaki yang dikehendaki oleh pihak berkuasa negaranya kerana memalsukan wang.
Untuk menghasilkan tatu itu, mereka menggunakan dakwat yang dihasilkan daripada campuran seliter minyak dan 300 gram air kencing baru.
Lukisan berkenaan memaparkan tunang Popescu dan lambang Bintang Kutub-simbol biasa digunakan askar upahan Perancis.
PAMERAN kulit bertatu dari lewat kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. |
RUPA asal tatu pada badan Popescu. |
Sumber: myMetro