BUKIT KAYU HITAM - Budaya 'angkat tangan' bagi urusan keluar dan masuk
orang ramai di pintu sempadan Malaysia-Thailand melalui Kompleks Kastam,
Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam, di sini, sering
diperkatakan sejak dahulu lagi.
Perkara itu dikatakan terjadi berikutan pengaruh tertentu yang membolehkan seseorang itu masuk ke Thailand atau keluar tanpa melalui proses dokumentasi.
Difahamkan, dengan mengangkat tangan ketika melalui pintu sempadan, individu tersebut boleh masuk ke Thailand tanpa mengemukakan dokumen sama ada pasport atau pas perjalanan serta dokumen kenderaan.
Bagaimanapun kini, budaya itu dilihat sudah dihapuskan melalui penguatkuasaan undang-undang lebih ketat dilakukan oleh agensi terlibat sama ada di Malaysia atau Thailand.
Tinjauan Sinar harian di kompleks CIQ itu mendapati urusan keluar masuk kenderaan seperti kereta dan motosikal dikawal oleh pegawai yang bertugas.
Bagi kenderaan tempatan yang ingin ke Thailand mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan, pasport atau pas perjalanan terlebih dahulu kepada pegawai yang bertugas sebelum melalui pintu keluar kompleks CIQ ke pintu CIQ Thailand.
Manakala bagi kenderaan bernombor pendaftaran Thailand pasport atau pas perjalanan perlu dikemukakan.
Menurut sumber yang enggan dikenali, dahulu proses orang awam untuk masuk dan keluar ke Thailand dan Malaysia di CIQ Bukit Kayu Hitam agak mudah, namun sekarang kawalan keselamatan di situ diketatkan.
“Dulu selalunya orang dari kedua-dua negara boleh angkat tangan dan beritahu pegawai yang bertugas kita nak pergi makan dan kita dapat lepas ke sana dengan mudah.
“Sekarang susah sikit sebab kawalan di CIQ Bukit Kayu Hitam ditingkatkan kalau tertangkap kita masuk dan keluar tanpa sebarang dokumen memang susah,” katanya.
Difahamkan kini masih ada segelintir individu tertentu seperti ahli perniagaan dan orang yang dikenali sahaja yang boleh melepasi kawalan dengan hanya mengangkat tangan di CIQ Bukit Kayu Hitam.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yursi Hashim ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi penjelasan mengenai isu tersebut kemudian. -Sinar Harian