CEO, Penerbit The Malaysian Insider Ditahan Dibawah Akta Hasutan


ALOR SETAR - Penerbit The Edge merangkap pihak berkepentingan dalam portal politik The Malaysian Insider, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutifnya, Jahabar Sadiq telah ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Hasutan berhubung kes memfitnah Majlis Raja-Raja dalam satu penerbitan artikel.

Difahamka bahawa kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika tiba bagi memberi keterangan kes berkenaan, pagi ini.
CJS_9917

Menurut laporan yang sama, pihak polis menjelaskan bahawa mereka akan memohon perintah reman terhadap kelima-lima individu yang telah ditahan berhubung kes berkenaan

“Tangkapan ini nampaknya lebih daripada sekadar laporan kami mengenai artikel Hudud.

“Walaupun tangkapan dibuat, TMI akan terus membuat laporan tanpa takut atau pilih kasih. Urusan akan diteruskan seperti biasa,” kata Jahabar sebelum ditahan pihak berkuasa.

11041727_10152954162474998_2189358126004502921_n

Petang semalam, tiga pengarang portal itu telah ditahan atas dakwaan menfitnah Majlis Raja-Raja melalui penerbitan sebuah artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan Hudud, lantas ia tidak boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan pada Rabu lalu.

Sehari selepas artikel itu disiarkan, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat satu laporan polis bagi menyangkal dan menafikan fakta yang dinyatakan artikel berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy turut membuat laporan polis terhadap The Malaysian Insider atas dakwaan memfitnah Majlis Raja-Raja dan menyifatkan portal itu sebagai "terdesak". -Kedahnews.com