YAN - Sebuah chalet, di sini, yang menjadi kontroversi berikutan
kematian seorang kanak-kanak perempuan dipercayai akibat jangkitan
kencing tikus Disember lalu masih belum dibenarkan beroperasi.
Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, keputusan itu dibuat kerana pihak pengurusan chalet belum mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.
“Selepas kejadian kencing tikus yang didakwa berlaku di chalet ini, maka operasinya terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
“Kita ada terima permohonan untuk beroperasi semula bulan lalu tetapi masih dalam proses pertimbangan,” katanya kepada media selepas melawat bersama agensi berkaitan ke sebuah chalet persendirian di sini, semalam.
Menurutnya, kebenaran beroperasi semula adalah bergantung kepada pematuhan pihak pengurusan chalet terhadap cadangan dan syarat yang dikemukakan agensi berkaitan.
“Kita mencadangkan agar air kolam diklorinkan terlebih dahulu sebelum disalurkan ke dalam setiap kolam untuk menjaga kebersihannya.
“Proses ini hendaklah dibuat berdasarkan isu padu air setiap kolam kerana saiznya yang berbeza,” katanya.
Yong Kong berkata, Pejabat Kesihatan Yan juga sedia membantu pihak pengurusan chalet berhubung kaedah pengklorinan yang sesuai.
“Setiap kali air digunakan, ia perlu dibuang dan diisi air baru serta dimasukkan klorin baru sebelum pelanggan lain menggunakannya.
“Sekiranya syarat itu dipatuhi, kita sedia mempertimbangkan chalet berkenaan beroperasi semula,” katanya.
Menurutnya, ujian pensampelan air juga dibuat di beberapa lokasi termasuk di puncak bukit dan kaki bukit berdekatan chalet.
“Pensampelan pertama dari puncak bukit mendapati airnya dicemari virus kencing tikus. Ujian sama di kaki bukit mendapat hasil yang sama.
“Memandangkan puncak bukti dan kaki bukit sudah tercemar, kita beranggapan chalet berkenaan sudah terkena jangkitan virus,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dipercayai akibat jangkitan kencing tikus selepas berkelah bersama keluarga di sebuah chalet di Yan.
Ibu mangsa, Siti Zaleha Ramlan, 32, serta dua adiknya, Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisya, 3, turut mengalami demam selepas pulang dari berkelah pada hujung November lalu. -Sinar Harian