Viral di laman-laman sosial baru-baru ini mengenai seorang pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Manggis, Banting, Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat
serangan strok haba yang berpunca daripada cuaca panas.
Menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah berkenaan,
pelajar terbabit,N. Arven dikatakan sedang menjalani latihan bola sepak
peringkat daerah ketika kejadian berlaku.
Arven sebelum itu membuat pemintaan untuk membuat pertukaran pemain
kerana mengadu sakit kepala dan semasa sampai di tepi padang, pelajar
itu dilaporkan sudah rebah dan pengsan.
Cikgu yang melihat kejadian itu kemudiannya terus mengejarkan Arven
ke Klinik Kesihatan Teluk Datuk dan doktor mengesahkan pelajar lelaki
itu sudah meninggal dunia sebaik tiba di klinik.
Hasil pemeriksaan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terdapat pada
tubuh badan Arven, sebaliknya terdapat pendarahan di otaknya yang
menjadi penyebab kematiannya.
Tapi biasalah bila membabitkan berita dari whatsapp atau telegram ini, banyak yang tidak benar berbanding benar. Kami pun agak sukar untuk memastikannya.
Namun sama ada laporan itu benar atau tidak, perlu dititik beratkan pengajaran disebalik berita berkenaan supaya fenomena ekuinoks melampau yang sedang berlaku di seluruh negara tidak di pandang remeh, bukan?
Tapi biasalah bila membabitkan berita dari whatsapp atau telegram ini, banyak yang tidak benar berbanding benar. Kami pun agak sukar untuk memastikannya.
Namun sama ada laporan itu benar atau tidak, perlu dititik beratkan pengajaran disebalik berita berkenaan supaya fenomena ekuinoks melampau yang sedang berlaku di seluruh negara tidak di pandang remeh, bukan?
Buat anda di luar sana, kurangkan aktiviti-aktiviti bersifat outdoor
di kala cuaca yang tidak menentu sekarang ini dan lebihkan minum air
kosong untuk mengelakkan badan anda daripada mengalami dehidrasi
sepanjang hari.
Arahan JPN Kedah |
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah baru-baru ini turut mengeluarkan arahan melarang sebarang aktiviti luar bilik darjah dan di kawasan terbuka bagi mengelak cuaca panas terlampau yang dikhuatiri menjejaskan para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah di seluruh Kedah.
Namun sumber-sumber maklumat yang kami terima menyatakan bahawa arahann dari Pengarah JPN Kedah, Datin Azuyah Hassan itu seolah tidak diendahkan apabila beberapa sekolah dikatakan telah menganjurkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan aktiviti luar yang lain.
Turut difahamkan bahawa ekoran cuaca panas dan terpaksa melakukan aktiviti luar darjah berkenaan, ramai pelajar dan guru yang terjejas kesihatan di Kedah.
Fenomena ekuinoks berlaku di Malaysia kira-kira dua kali setahun, namun kali ini dilaporkan cuaca terlalu panas sehingga mampu memudaratkan. -Kedahnews.com