Dr Zulkefly Ahmad Dipukul, Pemuda PAS Mula Cuba Cetus Spekulasi...


KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad dilaporkan telah dipukul oleh individu tidak dikenali ketika pulang dari menunaikan solat subuh di sebuah masjid, pagi ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, Dzulkifly mengalami kecederaan akibat ditumbuk pada muka dan dahi oleh individu terbabit.

“Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata “kenapa kurang ajar sangat?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan menegaskan bahawa DPPM berdukacita dengan kejadian tersebut dan menyifatkan perbuatan itu merupakan satu provokasi terhadap pimpinan PAS.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

“Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka,” katanya cuba mencetus spekulasi sendiri.

Dzulkefly pada 24 Februari lalu menjelaskan, beliau hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi suka memaki hamun sesama sendiri apatah lagi sesama jemaah Islam.

Beliau menegaskan tidak takut dengan ancaman golongan tersebut malah berazam mengubah kesilapan ulama terbabit dalam PAS.

Namun kenyataan Dzulfkefly dibidas oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah yang menjelaskan bahawa ia hanya merupakan nasihat yang keras bagi golongan yang cuba merosakkan PAS dari dalam itu.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa cuba menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Kedahnews.com