Dunia Imiginasi Seni Digital

GAMBAR dramatik dihasilkan hanya menggunakan iPhone dan aplikasi tertentu.
Jahns menghasilkan gambar pemandangan terkenal dunia dengan hanya menggunakan iPhone dan aplikasi suntingan seperti VSCOcam, ArtStudio dan Snapseed.

Dia menggunakan imaginasinya untuk membuat pelbagai penambahan pelik namun nampak begitu realistik yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, nois7, yang kini mempunyai lebih 620,000 pengikut.

PAUS dalam terusan di Venice.
Dari ikan paus yang berenang di dasar terusan di Venice hinggalah manipulasi pemandangan kota New York, Jahn menggabungkan gambar yang diambil ketika pengembaraannya dengan daya kreativiti tersendiri.

Setiap gambar mungkin mengambil masa dua jam atau sehingga beberapa hari untuk disiapkan dan pasti mendapat sehingga 41,000 'like' selain ribuan komen.

Jahns yang berpengalaman luas dengan artis terkenal seperti Tyra Banks kini menjual edisi khas karyanya melalui laman webnya.

MENARA Eiffel kelihatan seperti akan diselubungi awan tebal.