Emma Maembong Akui Tiada Lagi Cinta Untuk Zizan Razak...

Ketika masih "sweet" bercinta...
AKHIRNYA teka-teki mengenai hubungan dua selebriti popular ini terjawab apabila Emma Maembong mengakui sudah tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan Razak.

Sebelum ini, hubungan cinta mereka sememangnya dilihat sentiasa dilanda badai apabila Emma gemar meluahkan perasaan di laman sosial.

“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

“Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi,” kata Emma, sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Pada pada masa sama, Emma dikatakan memberi bayangan seolah-olah hubungan mereka putus disebabkan orang ketiga iaitu seorang pegawai Astro yang dikatakan semakin rapat dengan Zizan kini.

“Tentang wanita itu, hmmm… yelah mungkin benarlah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan,” katanya.

Macam-macam hal yang berlaku pada Emma dan Zizan kebelakangan ini, malah ia boleh dikatakan sudah ke tahap mengganggu karier seni apabila mereka tidak muncul di majlis previu Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh semalam, sedangkan kedua-duanya adalah teraju utama filem tersebut.

Rasanya mereka patut fikir masak-masak selepas ini dan pastikan hal peribadi tidak sampai mengganggu tumpuan dalam karier. Ditakuti, lama kelamaan nama pun boleh tenggelam apabila lebih banyak kisah cinta yang diberikan tumpuan berbanding produk sendiri.

Kepada Emma, apa kata lebihkan fokus terhadap karier lakonan selepas putus cinta ni, yelah orang kata dalam nak merawat hati tu, bila fokus dan sibukkan diri dengan kerja, lama-lama hati pun boleh lupa terus kenangan pahit.  Time will heal…  tak gitu?






























Sumber: Mynewshub.cc