Enggan Bersurai Di Pejabat Kastam, 50 Orang Ditahan


Dianggarkan seramai 50 orang aktivis parti pembangkang telah ditahan pihak berkuasa selepas mereka enggan bersurai di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, petang semalam.

Terdahulu, pada jam 11.15 pagi, seramai hampir 100 orang berkumpul di lokasi tersebut cuba membuat bantahan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan bermula 1 April ini.

Lebih 50 anggota polis telah berkawal di kawasan sekitar kompleks kastam bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Antara yang hadir pada demo bantahan tersebut adalah aktivis pembangkang seperti Safwan Anang, Datuk A. Samad Said serta pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkifli Ahmad. -Kedahnews.com