Exco Bekalan Air, Datuk Badrol Hisham Hashim |
YAN – Kerajaan Kedah tidak bercadang melakukan catuan air buat masa ini berikutan paras air di empat empangan masih terkawal.
Exco Bekalan Air, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, bekalan air terbabit masih mampu menampung kegunaan domestik, komersial dan perindustrian.
“Saya difahamkan paras air di Empangan Muda, Pedu, Ahning dan Beris masing-masing antara 70 hingga 80 peratus pada musim kemarau ini.
“Ini menunjukkan bekalan air kita berada pada paras normal dan rakyat tidak perlu cemas,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis gotong-royong tangga kenari 1,000 tahun di Pusat Rekreasi Titi Hayun.
Menurutnya, ramalan Jabatan Meteorologi juga menunjukkan hujan mungkin berlaku pada April nanti.
“Setakat ini kita tidak bercadang untuk melakukan catuan air seperti di negeri lain. Tetapi rakyat dinasihatkan supaya tidak membazir,” katanya.
Mengulas mengenai masalah ketiadaan bekalan air di tempat tinggi, beliau berkata, ia merupakan masalah lama.
“Kita memahami masalah penduduk dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) merangka beberapa perancangan jangka pendek dan panjang.
“Kita memohon kepada kementerian berkenaan supaya diberikan dana untuk membina tangki air di kawasan-kawasan berkaitan,” katanya.
Badrol Hisham berkata, masalah terbabit dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun secara berperingkat.

Sumber: Sinar Harian