Kematian rakan dan aktor utama filem Fast & Furious, Paul Walker benar-benar memberi impak besar kepada
pelakon, Vin Diesel yang sehingga kini masih lagi terasa kehilangan
rakan baiknya itu.
Dalam mengubati kenangannya terhadap Paul, Vin baru-baru ini dilaporkan telah menamakan cahaya mata ketiganya dengan nama Pauline sempena tribute kepada mendiang Paul.
Anak perempuan Vin dilahirkan oleh teman wanitanya pada 16 Mac lalu.
Paul yang sinonim dengan watak Brian O’Connor dalam filem aksi Fast & Furious meninggal dunia akibat kemalangan ngeri jalan raya pada 30 November 2013.
Mendiang sempat berlakon beberapa babak dalam Furious 7 yang bakal ditayangkan di seluruh dunia bermula 3 April ini. -Kedahnews.com